nuffnang

LIKE ME

Wednesday 23 January 2013

Menawan Dengan Pembayang Mata

Pernahkah kamu diajukan perkataan seperti ini oleh teman-temanmu? Ada benarnya juga, ada kalanya penggunaan pembayang mata yang keterlaluan boleh menyebabkan kamu kelihatan pelik. Silap-silap hari bulan ada pula yang mengejek kamu seperti badut! Jadi, sebelum kamu menjadi bahan ejekan mereka, jom pelajari beberapa tip untuk memilih dan memakai pembayang mata!

1.    Pemilihan warna yang betulMencuba pembayang mata sebelum membeli adalah satu teknik yang terbaik untuk kamu memastikan sama ada pembayang mata itu sesuai dengan warna kulit kamu atau tidak. Minta bantuan daripada petugas kosmetik untuk memberi pandangannya tentang warna yang sesuai dengan matamu. Sekurang-kurangnya kamu tidaklah membazir kerana tersalah memilih warna.

2.    Berani bermain dengan warnaJika zaman dahulu penggunaan warna pembayang mata harus sama dengan warna baju atau tudung, tetapi kini semuanya sudah berbeza. Kamu harus bijak menggunakan ton dan berani bermain dengan warna. Jadi, elakkan daripada memakai satu lapisan warna sahaja kerana teknik itu sudah lapuk dek zaman.

 3.    Teknik yang betulTeknik aplikasi yang betul juga penting buat kamu yang suka memakai pembayang mata. Ini bagi mengelakkan kamu daripada kelihatan seperti badut atau mungkin juga Opera Cina. Jadi, pastikan kamu menggunakan teknik sapuan yang betul!

4.    Gunakan beberapa trik yang adaUntuk memberi kesan yang lebih menawan, apa kata kamu gunakan beberapa trik seperti mengoleskan pembayang mata yang berwarna cerah di bahagian tulang kening kamu atau mengoleskannya di bawah mata agar kamu kelihatan lebih segar. Trik seperti ini pasti akan membuatkan kamu kelihatan lebih berbeza berbanding biasa.

No comments:

Post a Comment