nuffnang

LIKE ME

Saturday 10 November 2012

GEBUKAN KULITMU DENGAN SAUNA

Amalan mandi sauna atau wap banyak memberikan kebaikan bukan sahaja dari sudut kecantikan tetapi juga kesihatan.Mandi sauna dapat membuka liang roma dan mengeluarkan segala kekotoran dalam kulit.

Mengamalkan mandian sauna mampu menggantikan sel-sel kulit yang telah mati dan memberikan kesegaran kepada kulit.

ASAL USUL MANDI SAUNA

Asal usul mandi sauna atau mandi wap boleh diimbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu.Di zaman Empayar Greek,mandi sauna sudah lama diamalkan oleh masyarakat Rom dan ianya dikenali sebagai SUDATORIUM.Di zaman masyarakat empayar Turki(PERSIA),tempat mandi sauna awam dikenali sebagai 'BANJA'.Dalam erti kata lain,mandi sauna sudah menjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lama untuk menjaga kesihatan dan kecergasan. Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden.Pada masa dahulu,mandi sauna diamalkan untuk membantu mengeluarkan racun atau toksik dari dalam tubuh. Namun sedikit ia mula terkenal.Sehingga kini ia telah menjadi asas bagi orang ramai untuk melakukan mandi sauna.

MANDI SAUNA Tradisional melayu

Pada zaman dahulu,malah masih diamalkan di setengah tempat,amalan mandi wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk.Pesakit duduk berhampiran dengan periuk dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap.Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidap demam,biasanya demamnya akan sembuh.Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah,akar-akar kayu dan lain-lain lagi.Keberkesanannya telah terbukti sejak turun-temurun kerana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit .Kini sistem merebus dan penyaluran wap herba herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkhidmatan telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam suasana yang lebih nyaman dan selesa.

bersambung........

No comments:

Post a Comment