nuffnang

LIKE ME

Tuesday 4 September 2012

MENU 2


Sajian Enak Malaysia Timur & Semenanjung
Sepanjang bulan Syawal, majlis rumah terbuka terus dianjurkan bagi meraikan sanak saudara dan kenalan. Pastinya, tuan rumah mahu menyajikan menu istimewa untuk tetamu yang hadir. Jemputan bukan sahaja di kalangan bangsa Melayu malah berbilang bangsa dan kaum. Bagi memenuhi cita rasa mereka, MW menampilkan aneka resipi makanan tradisional masyarakat di Sabah, Sarawak dan semestinya Semenanjung Malaysia. Chef Zainal Mohamed Saad dari AFS Cita Rasa Chef Zainal sudi berkongsi menu satu Malaysia ini. Selamat mencuba!
Ayam Masak Merah Madu
BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam-dipotong kecil
5 tangkai cili kering
1 sm halia
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji tomato-dipotong dadu
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar
1/2 cawan sos tomato
2 sudu madu
Garam dan kunyit secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Perap ayam dengan garam dan kunyit. Goreng setengah masak.
2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato, tomato dan madu sehingga naik bau. Kemudian barulah masukkan sos dan buah tomato.
3. Tumis sehingga naik minyak.
4. Masukkan ayam dan biar kuah menjadi pekat.
5. Setelah itu masukkan madu kacau dan terus angkat.

Sotong Mentega
BAHAN-BAHAN :
500 gram sotong-dipotong berbentuk cincin
15 biji kuning telur
150 gram daun kari
100 gram cili api-dipotong halus
500 gram mentega
1 kg minyak masak
Gula dan sebuk perasa secukup rasa.
BAHAN UNTUK DIPERAP :
50 ml susu cair
2 sudu sos tiram
500 gram tepung beras
CARA MEMBUAT :
1. Perap sotong dengan susu cair, sos tiram dan dua sudu minyak masak.
2. Golekkan sotong tadi ke dalam tepung beras.
3. Panaskan minyak dan mentega.
4. Setelah minyak betul-betul panas, tuangkan telur dan kacau mengikut arus jam tanpa henti sehingga telur separuh kuning.
Masukkan daun kari dan cili api, diikuti gula dan serbuk perasa.
5. Kemudian, angkat dan tos telur.
6. Sementara itu, goreng sotong yang diperap tadi sehingga kuning.
7. Angkat dan gaulkan sotong dengan telur tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Kuih Lapis Pelangi
BAHAN-BAHAN :
300 gram tepung gandum
250 gram gula
100 gram tepung ubi
300 gram santan
Perasa vanila
Pewarna merah, hijau, kuning
CARA MEMBUAT :
1. Bahan-bahan yang dibancuh di bahagikan kepada tiga bahagian dengan pewarna yang berbeza.
2. Kukus mengikut warna berselang seli.
3. Hidangkan bersama kopi atau teh untuk minum pagi atau petang.

Umai Ikan Tenggiri
BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ikan tenggiri
Cuka untuk merendam ikan
3 biji limau kasturi
1 biji mangga @ 1/2 nenas-dihiris @ potong dadu
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
2 tangkai cili merah
Garam dan perasa sikit
3 tangkai cili api
CARA MEMBUAT :
1. Ikan tenggiri dipotong dadu, kemudian direndam dengan air cuka. Gaul sampai ikan berubah warna menjadi keputih-putihan.
2. Tambahkan air limau kasturi, selepas itu masukkan bawang merah dan bawang besar. Gaul sampai rata dan tumbuk sedikit cili api dan masukkan.
3. Kemuddian, masukkan cili dan mangga atau nanas. Gaul lagi sampai rata. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment