nuffnang

LIKE ME

Sunday 15 July 2012

TIP CANTIK

Merawat malas cara islam

Pernahkah anda merasa malas? jika ada berusahalah untuk menanganinya kerana malas adalah sikap negative yang wajib dihindari oleh setiap orang islam. ada segelintir orang yang diuji dengan yang sedikit namun ada juga yang keterlaluan. apa pun perasaan malas yang ada, hakikatnya ia bukan satu ajaran dalam islam. malah di dalam firman allah ta’ala (al- nisa :140) malas adalah sifat orang munafik. ia menjadikan kita pasif dan tidak bersemangat untuk membuat kerja.
Tetapi bagaimanakah hendak membuat sikap malas, di antaranya gunakanlah senjata utama orang mukmin iaitu doa. lebih-lebih lagi di bulan puasa ini banyakkan berdoa, hindari lah sifat malas yang kadang-kala ‘menghambat’ umat Islam bila sedang berpuasa. kaedah lain adalah :
1 Lawanlah Syaitan dan nafsu.
Malas sebenarnya berpunca daripada syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas bekerja menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi. nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda , maksudnya, “ Syaitan mengikat atas belakang kepala seorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan.
Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan.’malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak melakukan begitu nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas.”
Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh rasulullah. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya hingga menyebabkan manusia lalai dari perintah allah ta’ala dan hidup dalam keadaan bermalas-malasan hingga mengganggu perjalanan kerja kita mencari rezeki kerana allah.
2 Timba dan banyakkan ilmu.
Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Melalui ilmu individu itu akan menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Contohnya orang yang mempunyai ilmu tentang fadilat dan kelebihan solat akan lebih rajin beribadat dengan syarat ada keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Begitu juga jika diaplikasikan dalam kehidupan berkerjaya kita, apabila kita mempunyai ilmu apa yang dilakukan kerja kita akan semakin semangat dan tidak timbul masalah malas untuk melakukannya.
Jadi ambillah keberkatan bulan ramadan ini untuk banyak mengingati dan mendekatkan diri allah agar segala urusan kehidupan kita bertambah gemilang baik di dalam urusan diri, keluarga mahupun pekerjaan.

No comments:

Post a Comment