nuffnang

LIKE ME

Sunday 15 July 2012

RESEPI RAMADAN

Ayam Percik Kelantan
Bahan-bahan Untuk Ayam :1 ekor ayam-dipotong empat
4 ulas bawang putih
2 cm halia
4 batang serai-untuk menggalas periuk
Sedikit garam
Bahan-bahan Untuk Kuah Percik :
2 cawan santan
2 cm halia-dihiris nipis
4 batang serai-dihiris nipis
Sedikit garam dan gula
Cara Penyediaan :
1. Kisar serai, halia dan bawang merah bersama sedikit air sehingga hancur.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk. Tambahkan santan, garam dan gula. Kacau rata dan ketepikan kuah percik ini untuk sementara.
3. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur. Masukkan sedikit garam. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan ini.
4. Selepas itu masukkan sedikit air ke dalam periuk yang dialas serai tadi. Aturkan ayam di dalamnya. Kemudian curahkan sedikit bahan kuah percik tadi ke atas ayam tersebut.
5. Tutup periuk dan masak di atas api yang sederhana sehingga ayam empuk.
6. Sambil itu, masak kuah percik tadi sehingga separa masak. Kacau sentiasa supaya santannya tidak berketul. Ketepikan dahulu.
7. Apabila ayam tadi telah empuk, angkat dan aturkan di atas penyepit untuk dibakar.
8. Panggang ayam tersebut. Balik-balikkan sehingga kedua-dua belah bahagian bertukar warna.
9. Seterusnya, curahkan kuah percik sehingga menyaluti keseluruhan ayam tersebut. Bakar lagi sehingga kuah tersebut agak kering.

Ikan Bakar
Bahan-bahan :
4 ekor ikan kembung
10 helai daun limau purut-dihiris halus
200 gm cili merah
100 gm cili kering-direndam air panas terlebih dahulu
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
Daun pisang secukupnya
Kicap manis secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis secukupnya
Cara Penyediaan :
1. Kisar cili merah dan cili kering yang telah direndam air panas.
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia muda berasingan.
3. Panaskan minyak dan tumis cili yang telah dikisar sahaja dahulu. Campurkan sedikit sahaja daun limau purut yang telah dihiris.
4. Setelah cili garing, masukkan bahan bawang dan halia yang telah dikisar juga. Tumis sehingga terbit minyak.
5. Setelah itu masukkan garam, serbuk perasa, kicap manis dan lebihan daun limau nipis yang dihiris halus. Perahkan jus limau kasturi sebelum api ditutup.
6. Bakar ikan dengan cara mengalas daun pisang di atas kuali.
7. Bubuh separuh dari sambal tadi di atas daun pisang yang telah diletakkan ikan.
8. Panggang sehingga masak.
Pandan Swiss Roll
Bahan A
5 biji telur - ambil kuningnya
50 gm gula castor
1/4 sudu teh garam
50 ml. minyak jagung
50 ml susu segar atau santan
110 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna-jika perlu
Bahan B
5 biji telur-diambil putihnya
100 gm gula kastor
1/4 sudu teh krim tartar
Sebarang jenis jem atau krim untuk sapuan
Cara Penyediaan :
1. Sediakan acuan swiss roll 12” x 12” yang dilenserkan dan dialas dengan kertas kalis minyak. Alas seluruh acuan sampai bahagian tepinya.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 175c.
3. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
4. Masukkan bahan-bahan A (kecuali tepung dan baking
powder) dalam sebuah mangkuk. Kacau dengan menggunakan whisk saja. Setelah itu masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.
5. Di dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan-bahan B. Putarkan dengan mesin pemutar sehingga kembang dan gebu.
6. Kemudian campurkan adunan B ke dalam adunan A. Gaul perlahan-lahan dengan menggunakan sudip plastik sahaja sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama.
7. Tuangkan ke dalam acuan swiss roll yang telah disediakan tadi dan ratakan adunan.
8. Letakkan acuan di bahagian tengah ketuhar dan bakar selama lebih kurang 20 hingga 25 minit.
9. Setelah masak, keluarkan segera kek daripada acuan. Biarkan selama kira-kira 3 minit. Selepas itu barulah sapu dengan jem pilihan.
10. Akhir sekali, gulung kek dengan berhati-hati.

No comments:

Post a Comment