nuffnang

LIKE ME

Tuesday 24 July 2012

Makanan untuk kesihatan kulit


  

Bersauna bukan saja elok untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan tapi juga kesihatan kulit.Oleh itu jangan jadikan bulan puasa alasan untuk berhenti dari melakukan rutin yang baik ini. Tapi selain bersauna ,tubuh juga perlukan nutrisi dalam memastikan kesihatan kulit tetap terpelihara terutama ketika sedang berpuasa.

Berikut bebrapa makana yang perlu diambil untuk memastikan kesihatan kulit dalam keadaan baik .Dalam masa yang sama turut disenaraikan bebrapa perkara patut dihindari.

Perlu diambil

Air

Minum air putih secara rutin dengan kesesuaian keperluan tubuh anda.Selain membantu menghindari masalah kulit seperti jerawat,air juga akan meneutralkan racun dalam sistem tubuh dan menjaga fungsi serta kesihatan buah pinggang. Kulit yang kekeringan ay=tau kurang air akan kelihatan kering dan bersisik.Oleh itu pengambilan air putih  yang mencukupi dapat menghindari masalah tersebut..

Antioksidan

Tambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah yang berwarna oren dan kuning.Sebagai contoh,pengambilan lobak,betik,limau,mangga,lemon,aprikot dan sebagainya. Makanan ini kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang berperanan sebagai antioksidan.

Vitamin A misalnya membantu dalam meneutralkan elemen-elemen asing yang berbahaya di dalam tubuh selain turut membantu melambatkan timbulnya garis-garis halus,kedutan,mencegah jangkitan dan memelihara keanjalan kulit.

Vitamin C pula membantu dalam meningkatkan dan mempertahankan kandungan kolagen dalam tubuh sekali gus berperanan dalam memelihara keanjalan kulit sekali gus melambatkan proses kedutan pada wajah.
Kumpulan buah beri seperti blueberry,blackberry,strawberry,bit,anggur merah dan sebagainya adalah antara buah-buahan yang memiliki kandungan antioksidan yang cukup tinggi dalam membantu melambatkan proses penuaan serta membuatkan kulit tampak lebih segar ,bersinar dan sihat.

Selain itu,pengambilan Vitamin E secara berterusan juga langkah yang diperlukan bagi anda yang inginkan kulit nampak bersinar secara semulajadi.Antara makanan yang mengandungi vitamin E termasuklah brokoli,bayam,kacang hazel,ikan,jagung,gandum dan banyak lagi.Ia membantu dalam mencegah kerosakan sel selain menghalang pembentukan radikal bebas.

Sumber antioksidan lain yang boleh anda peroleh adalah menerusi teh hijau.Pengambilan dua sudu teh hijau setiap hari dalam jangka masa yang panjang akan memberi kesan yang baik pada kesihatan tubuh dan kulit anda.


Sayur-sayuran hijau

Pengambilan sayuranhijau sekurang-kurangnya 50gm setiap hari seperti brokoli,tauge,kobis,kangkung,kiwi dan bayam.Sayuran ini amat kaya dengan zat besi dan antioksidan yang membantu dalam mencegah berlakunya kesan lebam dibawah mata selain baik untuk kesihatan serta melancarkan pencernaan memandangkan sayuran ini cukup kaya dengan serat.


HINDARI

Makanan manis

Pengambilan coklat mahupun makanan yang terlalu manis antara faktor yang membantu menyebabkan berlakunya jerawat.Justeru ,diet yang dilakukan dengan cara mengambil gula yang tinggi akan membuatkan tubuh lebih mudah diserang dan dijangkiti bakteria.Kesannya ,ia akan memburukkan lagi maalah kulit yang anda alami.Jadi daripada mengambil makanan yang banyak mengandungi gula,gantikan dengan makanan lain seperti roti gandum atau gula pasir dengan madu.


Makanan pedas dan bergoreng

Mengambil makanan bergoreng dan pedas dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan kandungan asid dalam tubuh meningkat sekali gus menambahkan masalah kulit.Sebaiknya,gantikan dengan pengambilan rempah ratus seperti halia yang baik untuk pencernaan dan juga kesihatan kulit.

Pengambilan kopi dan teh berlebihan

Seseorang yang mengambil terlalu banyak kafein terutama dalam minuman panas seperti teh,kopi,coklat dan apa jua minuman akan menjadikan kulit tampak penat dan juga muncul masalah-masalah pada kulit.Sebaiknya minuman berkafein ini disejukkan terlebih dahulu sebelum diminum. 

Paling bagus batasi pengambilan kafein dan memadai dengan mengambil sekurang-kurangnya dua kali sehari atau lebih baik tukar dengan minuman yang memberi kesihatan pada kulit seperti teh hijau.

Merokok

Kandungan nikotin di dalamnya tidak akan membantu menjaga kesihatan,sebaliknya merosakkan sistem tubuh seseorang.Ia turut menyebabkan kadar oksigen dalam tubuhberkurangan dan ini mempercepatkan proses penuaan kulit.


No comments:

Post a Comment