nuffnang

LIKE ME

Sunday 15 July 2012

Lelaki : Dunia Lelaki

Migrain Lelaki Sila Ambil Peduli
Antara masalah kesihatan yang sering dialami lelaki adalah migrain. Biar menahan sakit namun golongan ini jarang mengambil berat soal rawatannya. Pada mereka migrain ini berlaku seketika saja jadi dalam tempoh itu mereka sanggup bertahan.
Migrain sebenarnya mempunyai beberapa simptom selain anda berasa sakit kepala. Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang. Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku.
Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit sebelah kepala. Kebiasaannya, serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.
Secara umumnya terdapat 4 jenis migrain iaitu :
• Migrain tanpa aura
• Migraine dengan tanda aura
• Opthalmoplegic migrain
• Status migrain
Tanda-tanda Atau Simptom Bagi Setiap Jenis Migrain
Migrain Tanpa Aura
Bagi migrain tanpa aura, pesakit akan mengalami rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala dan merasakan seolah-olah ternampak bayangan bergaris-garis.
Kebiasaannya, apabila terjaga daripada tidur, pesakit akan berasa teramat sakit dan turut berasa loya, muntah, mual, serta sensitif pada cahaya dan bunyi. Manakala, denyutan yang dirasakan oleh pesakit pula amatlah sakit jika disentuh dan boleh menyebabkan pesakit pengsan.
Migrain Dengan Tanda Aura
Migrain jenis ini jarang berlaku di mana pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan yang membesar dan kemudiannya hilang dalam beberapa minit. Sebelum serangan migrain jenis ini berlaku, penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan selama beberapa minit.
Opthalmoplegic Migrain
Kesan yang mungkin berlaku jika terkena migrain jenis ini adalah pesakit akan mengalami sakit kepala yang keterlaluan sehingga menyebabkan mata menjadi juling dan menjadi buta buat sementara waktu.
Walau bagaimanapun, migrain jenis ini terlalu jarang berlaku dan turut mengakibatkan pesakit mengalami hilang pandangan dalam masa beberapa minit. Dalam situasi ini, mata akan menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine).
Status Migrain
Status migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan dan boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat serangan strok. Jika berlaku pada kanak-kanak, mereka akan muntah-muntah dan mengalami sakit perut yang berulang-ulang. Serangan migrain boleh datang melalui pelbagai cara seperti ‘severe’ iaitu rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala ataupun kedua-duanya. Serangan migrain juga boleh muncul melalui ‘local’ iaitu kulit pesakit menjadi kemerah-merahan dan pucat.
Pesakit juga akan mengalami ‘pallor’ atau situasi berpeluh di mana kebiasaanya pesakit akan bercakap secara perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Namun, ada juga serangan migrain yang datang daripada faktor cahaya dan bunyi sehingga kepala pesakit menjadi berdenyut.
Punca-punca
• Aktiviti saraf trigemino yang mengawal saraf dalam kepala dengan neurotransmitter yang dipanggil substance P dan lain-lain neurotransmitter seperti stamine dan kinine menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
• Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan neurotransmitter seperti norephenepherine dan serotinin sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
• Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah.
• Tekanan perasaan atau stres.
• Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman beralkohol.
• Penataan cahaya yang sangat terang.
• Perubahan cara tidur dan tidak cukup tidur.

No comments:

Post a Comment