nuffnang

LIKE ME

Sunday 15 July 2012

Kurang Tidur, Tubuh Jadi Gemuk?

Walaupun ramping itu tidak semestinya cantik tetapi ramai orang obses untuk menjadi ramping. Hal ini lebih ketara dalam kalangan wanita. Saya turut mengenali salah seorang wanita yang tergolong dalam kategori ini. Dia bukan sahaja rajin berjoging bahkan tidak makan nasi pada waktu malam.
Sesetengah orang memang kelihatan cantik apabila gemuk atau gedebab. Saya tengok iklan kursus di tv dan selalu meluahkan rasa untuk didengari oleh isteri, “Dia ni masa gedebab lagi cantik berbanding kurus.” Kata-kata saya itu diiyakan tetapi dia tetap mahu ramping, tetap giat berjoging dan kurang makan nasi terutama waktu malam.
Bukanlah pula maknanya saya hendak dia menjadi gemuk, yang penting sihat, bukan? Kalau disebabkan rutin itu mengundang penyakit sudah tentu ia tidak berbaloi sama sekali.
Betulkah kurang makan membasmi gemuk?
Satu segi memanglah benar, tetapi kesan daripada langkah ini ialah otot mengecut, air dalam badan menjadi kurang. Lemak masih kekal. Pengambilan pil pelangsing pula akan menyebabkan selera makan langsung hilang.
Silap-silap datanglah loya-loya, pening-pening, hujungnya kesihatan terjejas. Keputusannya kurus sekejap tetapi apabila berhenti mengambil pil, selera makan datang kembali dan gemuk semula.
Makan buah-buahan sahaja pun mungkin tidak baik sebab badan akan menjadi kurang bertenaga kerana nutrisi tidak lengkap dan seimbang. Anda mungkin mengalami tekanan sebab terasa seperti monyet pula hanya makan buah-buah setiap hari. Akhirnya putus asa dan menjadi murung.
Sebenarnya, selain bersenam dan mengurangkan makan makanan karbohidrat, ada banyak lagi kaedah untuk mengekalkan bentuk badan iaitu usahlah kurang tidur. Tidurlah secukupnya dan anda akan mendapat bentuk badan yang seimbang.
Ganggu Hormon
Kurang tidur melambatkan metabolisme, lantas mengakibatkan badan menggunakan tenaga berkurangan. Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, menyatakan, ini akan menyebabkan berat badan bertambah.
“Penemuan kami menunjukkan kekurangan tidur sehari secara teruk mengurangkan penggunaan tenaga di kalangan lelaki sihat berikutan tidur menyumbang kepada pengimbangan kitaran penggunaan tenaga harian.”
Kajian sebelumnya pernah mengaitkan kekurangan tidur dengan peningkatan berat badan dan turut menunjukkan bagaimana tidur terganggu turut mengganggu paras tekanan dan hormon berkaitan lapar ketika waktu berjaga. – (Reuters 17 Mei 11)
Jadi, nasihat berguna untuk diambil perhatian oleh wanita, dapatkanlah tidur berkualiti. Tidak mengapa tidur kurang, maklumlah, kadang-kadang kita terpaksa belajar hingga jauh malam, atau bekerja hingga pagi, tetapi pastikan tidur kita selepas itu adalah tidur yang sangat berkualiti. Tidur berkualiti sebenarnya lebih penting berbanding tidur lama tetapi penuh dengan gangguan terutama mimpi-mimpi ngeri.
Saya juga ingin mencadangkan, selain apa-apa yang disebutkan itu tadi, biasakan juga menyapu perut dengan minyak 3E BEST. Minyak ini adalah formulasi istimewa yang nampaknya berkesan untuk mengurangkan kebuncitan. Bayangkan sahaja, seseorang itu tubuh badannya ramping tetapi perutnya buncit. Sama sekali tidak seimbang.
Apa istimewanya minyak 3E BEST? Minyak ini turut saya gunakan saban hari, terutama apabila hendak tidur. Selalunya saya akan menyapu seluruh muka dengannya dan berasa selesa oleh baunya yang menyenangkan. Saya sapu juga hingga ke leher dan dada, moga-moga nafas menjadi lancar sentiasa. Dan tentunya di bahagian perut untuk mengelak kebuncitan.

No comments:

Post a Comment