nuffnang

LIKE ME

Monday 2 July 2012

KISAH NABI

Siti Aminah Binti Wahb : Kisah Ibu Kepada Nabi Terakhir
Dialah ibu yang diberkati, ibu kepada si yatim yang terpilih, ibu kepada penghabisan Nabi dan Rasul serta insan yang menerima perutusan yang terakhir yang turun dari langit. Dia sang ibu yang sentiasa dikelilingi oleh berita-berita yang menggembirakan dan berita-berita yang menyedihkan yang dijangkakan bahawa sebutannya akan kekal hingga ke akhir abad.
Dialah ibu yang suci, lagi mulia, Siti Aminah binti Wahb bin Abdu Manaf bin Zohrah bin Kilab bin Murrah yang telah dilahirkan pada pertengahan abad ke-6 masihi.
Beliau datang dari kabilah yang dipandang sebagai semulia-mulia kabilah dan dari keturunan yang dikira semulia-mulia keturunan. Inilah yang menjadikan Nabi Muhammad SAW berasa bangga dengan keturunannya dan katanya; “Allah Taala telah terus menerus memindahkanku dari tulang sulbi yang baik ke dalam rahim yang suci, bersih bertapis, tiada bercabang dua melainkan aku berada di tempat yang paling baik di antara keduanya.
Kemuliaan yang dibanggakan oleh Rasulullah S.A.W ini termasuk ayahnya juga iaitu Abdullah. Keturunannya juga daripada keluarga yang sama, berasal dari Kilab bin Murrah dan juga ayah kepada Qushai yang datang daripadanya keluarga Abdullah dan juga ayah kepada Zohrah yang datang daripadanya keluarga Aminah.
Perkahwinan Siti Aminah dengan Abdullah bukanlah suatu peristiwa biasa bahkan satu peristiwa yang menggoncangkan seluruh kota Makkah selain dihayati oleh seluruh kabilah-kabilahnya.
Perkahwinan Aminah Dan Abdullah
Kisahnya bermula, apabila air perigi di Makkah mula kering di Makkah dan ini membuatkan Abdul Mutalib sangat bimbang sekali. Dia memikirkan kisah Ibrahim dengan puteranya Ismail dan juga perigi zamzam yang dikambus oleh suku Jurhum, ketika mereka keluar dari daerah itu.
Abdul Mutalib mencari-cari pangkal perigi itu, dan dia telah bernazar akan menyembelih salah seorang anaknya, kiranya dia dapat menemui sumber air itu sebagai mana yang dibuat oleh Ibrahim dahulu.
Dengan izin Allah S.W.T, Abdul Mutalib menjumpai perigi itu dan dia perlu melangsaikan nazarnya. Abdullah anaknya yang paling bongsu dan kacak akan dijadikan sebagai pembayar nazar tersebut.
Lalu Abdul Mutalib membawa Abdullah ke Kaabah dan di saat-saat akhir penyembelihan ingin dilakukan, kaum Quraisy membangkang tindakan itu dan meminta Abdul Mutalib berjumpa seorang tukang tilik yang handal iaitu tukang tilik Hijjaz. Abdul Mutalib tunduk pada permintaan kaumnya itu. Satu rombongan dihantar ke Khaibar untuk berjumpa tukang tilik Hijjaz, manakala yang lain-lainnya menunggu berita mengenainya termasuk Aminah binti Wahb kerana Aminah terlalu meminati Abdullah itu sendiri.
Setelah pengorbanan Abdullah itu digantikan dengan unta, tidak lama selepas itu rombongan meminang dihantar ke rumahnya Aminah. Apabila mengetahui rombongan itu daripada ketua bani Hasyim dan daripada Abdullah, Aminah tidak semena-mena menggeletar dan lidahnya kelu tidak dapat berkata apa-apa. Akhirnya berkahwinlah Aminah dan jejaka pujaan hatinya Abdullah dan Aminah menjadi ibu kepada penutup sekalian para Nabi.


>>>>akan bersambung<<<<<<<

No comments:

Post a Comment