Keperluan: Selendang sifon, inner neck, jarum peniti dan kerongsang bunga besar.

1.Pilih inner neck yang berlainan warna dengan selendang sifon supaya penampilan akan jadi lebih menarik.

2.Selepas menyarungkan selendang, bawa bahagian kiri ke kanan dan pin dengan jarum peniti.

3.Tarik bahagian kanan pula ke kiri dan lilitkan di atas kepala.

4.Beri sentuhan terakhir dengan meletakkan kerongsang bunga besar di bahagian tepi atas kepala.