nuffnang

LIKE ME

Friday 13 July 2012

Gaya santai

KESEDARAN berfesyen yang semakin meningkat di kalangan penduduk negara ini terutama golongan muda-mudi, mendorong pelbagai jenama fesyen mengeluarkan produk bagi disesuaikan dengan cita rasa terkini dan berbeza bagi setiap orang.
Ada yang gemar bergaya dengan kasut tumit tinggi, namun tidak kurang juga yang lebih mementingkan fesyen ringkas dan lebih gemar kepada gaya santai yang dapat memberi keselesaan optimum kepada mereka untuk bergerak.

Pelengkap penampilan

SEBUT saja Levi’s, pasti ramai yang terbayangkan seluar denimnya yang berkualiti tinggi dan popular bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia.
Bagaimanapun, selain seluar denim, jenama ini mempunyai pelbagai koleksi aksesorinya sendiri seperti topi, beg, dompet dan kasut.
Terbaru, Levi’s memperkenalkan koleksi musim bunga dan panas 2012 melalui himpunan kasutnya yang menjengah pasaran untuk dinikmati orang ramai terutama peminat jenama berkenaan.

Tidak mahu ketinggalan menawarkan gaya rekaan kasut menarik yang ranggi dan terkini seperti syarikat pengeluar kasut lain, koleksi terbaru ini tampil lebih meyakinkan terutama untuk wanita yang sukakan kelainan.

Mengambil inspirasi daripada tema ‘lautan ladang’ iaitu personafikasi kepada keadaan persekitaran yang belum diterokai, pantai berceranggah, ladang tradisional dan menghabiskan masa dengan aktiviti luar ketika musim panas untuk satu jangka masa yang lama, ia pasti memukau sesiapa saja yang memandang.

Koleksi ini juga amat mementingkan aspek pembuatannya menerusi hasil seni pertukangan berkualiti tinggi oleh pereka profesional di samping menekankan reka bentuk ringkas dan tahan lama.

Penggunaan bahan semula jadi memberikannya lagi ciri ketulenan sejati dan sedikit vintaj.

Untuk koleksi kasut wanita�nya, boleh dikatakan Levi’s memaparkan konsep santai yang ranggi tetapi tetap menarik tanpa lupa menonjolkan gaya si pemakai ketika menyarungkan kasut berkenaan di kaki.

Kasut baji bertali silang, kasut tumit tinggi dan but hingga paras buku lali ala koboi adalah ciptaan barunya yang memberi nafas baru kepada peminat sepatu menerusi jenama ini.

Selain itu, sneaker yang lebih mudah dikenali sebagai ‘vulcanized shoes’ di kalangan penggemar setia jenama ini pula mudah dipakai, boleh dibasuh dan amat selesa dipakai, apatah lagi penggunaan ikatan tali di bahagian belakang kasut menambahkan keunikannya.

But ala koboi yang direka sehingga paras buku lali serta kasut tumit tingginya dihasilkan menggunakan material kulit lembut agar ia tidak menyakitkan kaki si pemakai ketika melakukan aktiviti di luar rumah yang memerlukan banyak pergerakan.

Ia boleh didapati dalam mainan warna merah kusam, coklat, hitam, biru laut dan hijau gelap yang digunakan untuk menarik perhatian.

Padanan salah satu kasut menerusi koleksi ini dengan pemilihan seluar denim mahupun skirt bersama kemeja-T ataupun blaus pasti mencuri tumpuan ramai.

No comments:

Post a Comment