nuffnang

LIKE ME

Sunday 15 July 2012

FESYEN D'RAYA 2012

PULANG BERGAYA DENGAN AN NUUR


http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8348739291404498913#editor/target=post;postID=2952993154610837476

Alangkah riang rasa di hati mahu menyambut lebaran tahun ini bersama keluarga tercinta. Saat yang dinanti untuk pulang ke kampung halaman untuk bertemu sanak-saudara akhirnya ti ba
jua. Rasa teruja pasti kian dirasai andai dapat menggayakan persalinan baharu....

HADIRI JEMPUTAN RUMAH TERBUKA
Kreativiti serta kombinasi fabrik bersesuaian menjadi teras utama dalam menghasilkan rekaan menarik. Maira Collections kini bukan sahaja tampil dengan rekaan tudung tetapi juga baju
kurung yang dipermodenkan. Bukan sahaja cantik tetapi juga selesa di gayakan sempena lebaran ini.

PEARL HAYA GALLERY


Cetusan idea magis dari Pearl Haya Gallery pastinya mencuri tumpuan dengan himpunan koleksi kontemporari yang ekslusif, pasti menambat hati si pemakai.
GAYA
Ilham kontemporari Syawal

Najjah terus mewarnai gaya muslimah dengan koleksi kontemporarinya. bermain dengan fabrik dan warna yang eksklusif. Fabric lace dan kapas polos dengan gaya potongan menarik memperlihatkan kematangan najjah berilusi dengan fesyen dalam mengilhamkan kelainan gaya sempena syawal ini. Tudung sarung diperindah dengan jahitan manik membuatkan penampilan lebih anggun.
Cipta kelainan tersendiri

Suasana yang mendamaikan pastinya menyenangkan jiwa, gaya yang mempesona dan elegan buatkan kita berani dan yakin dengan apa sahaja urusan yang kita lalui. indahnya gaya jika ia serasi dengan rona dan aura sekeliling kita. dapatkan koleksi dari pearl haya yang pastinya membangkitkan aura anda. Bermain dengan polka dot dan rona tudung kontras serlahkan penampilan ini. keistimewaan dijelmakan dengan gandingan kain lace berjaring pastinya mencuri perhatian. dress polka dot menyerlahkan lagi gaya anda.
Rama - Rama dan warna ceria ilham terkini


Rangkaian tudung raduisite dipelbagaikan dengan pilihan Motif rama-rama dan warnawarna yang ceria. Tidak dilupakan tudung koleksi butiran Manik Masih kekal Menjadi pilihan utama untuk Musim perayaan nanti. buat pencinta radiusite, inilah ilham gaya tudung terkini untuk pilihan anda semua. Buat anda yang gemar bergaya ringkas, Radiusite memberikan anda keselesaan dan gaya yang ringkas. Menggabungkan dua tona warna yang berlainan warna, anda kelihatan manis dan sopan sekali.

No comments:

Post a Comment