Semakin tiba ke hari bahagia, nafsu makan semakin menjadi-jadi. Aduh, stresnya! Jangan panik. Itu ialah proses biasa. Semakin kamu stres, semakin bertambah juga keinginan kamu untuk mengunyah. Kali ini rEMAJA tampilkan pelan khas menu diet sepanjang seminggu untuk kamu. lakukan secara berterusan untuk hasil yang memuaskan. Ayuh, cabar diri kamu dan bulatkan tekad. Siapa lagi nak mengubah diri kalau bukan kamu sendiri yang harus berusaha, bukan?
Hari Pertama
Semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya. Selain itu, kamu disarankan makan sup.
Hari Kedua
Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.Kamu tidak dibenarkan makan kacang  panggang dan seumpama dengannya. Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu. paling disyorkan sayuran berdaun hijau. Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ketiga
gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan...
Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
Hari Kelima
Hari untuk daging dan tomato. Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.pengambilan
sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari Keenam
Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.Tetapi jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang.Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.