nuffnang

LIKE ME

Sunday 15 July 2012

ANEKA RESEPI PILIHAN

SINGGANG IKAN TENGGIRI

Selain air asam jawa, boleh juga digantikan dengan dua keping asam gelugor.
SINGGANG IKAN TENGGIRI

 Waktu memasak : 10 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang


BAHAN-BAHAN:
  • 2 ekor ikan tenggiri | dipotong
  • 1 labu bawang besar | dimayang
  • 5cm kunyit hidup | diketuk
  • 2.5cm halia | diketuk
  • 1 biji cili merah | dibelah empat
  • 1 biji cili hijau | dibelah empat
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1 batang serai | diketuk
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 250ml air
  • Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Masukkan air ke dalam periuk dan bahan-bahan lain kecuali ikan, garam dan gula. Didihkan seketika.
  2. Kemudian masukkan ikan dan didihkan sehingga ikan masuk dan kuah sebati.
  3. Akhir sekali, perasakan secukupnya.
  4. Angkat dan sedia untuk dimakan.

AYAM BAKAR BERKUAH PERCIK

Gunakan api sederhana selepas santan dimasukkan supaya santan tidak pecah minyak.
AYAM BAKAR BERKUAH PERCIK
Waktu memasak : 20 minit
Saiz hidangan untuk : 3 orang


BAHAN-BAHAN:
  • 3 ketul dada ayam
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1cm lengkuas
  • 2cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • 300ml santan pekat
  • 3 biji buah keras
  • 10gm kacang tanah
  • 30gm gula merah
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
  1. Kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, buah keras dan kacang tanah hingga semuanya halus.
  2. Selepas itu, masukkan ayam ke dalam bahan kisaran tadi dan perap selama dua jam. Setelah diperap, masakkan ayam bersama kuahnya sehingga separuh masak.
  3. Sementara itu, masakkan kuah percik sehingga mendidih dan agak pekat. Kemudian, masukkan santan dan kacau sebentar. Perasakan dengan garam dan gula merah secukup rasa. Ketepikan..
  4. Kemudian, angkat ayam dan asing kuahnya. Letakkan ayam dan kepitkan dengan serai. Bakar di atas api sehingga kuning keemasan.
  5. Hidangkan bersama kuah percik dan sedia dinikmati.

SOTONG SUMBAT

Pastikan pulut disumbat dengan padat supaya ia tidak terkeluar ketika sotong dimasak.
SOTONG SUMBAT
Waktu memasak : 25 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang

BAHAN-BAHAN:
  • 300 gm sotong
  • 3 sudu makan cili
  • 240gm pulut | telah ditanak
  • 250gm santan
  • 3 batang serai
  • 2.5cm lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit lidi

CARA MEMASAK:
  1. Sumbat pulut yang telah ditanak ke dalam perut sotong. Cucuk perut sotong dengan lidi dengan kemas.
  2. Kisar halia, serai, lengkuas dan buah keras sehingga halus.
  3. Selepas itu, masukkan santan dan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Kacau dan masak di atas api yang perlahan.
  4. Masukkan sotong yang telah disumbat dengan pulut tadi. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering sedikit.
  5. Setelah itu, angkat dan hidangkan. Sedia dinikmati.

IKAN TERUBUK SUMBAT

Pastikan bahan perap bersama kelapa parut di masukkan kemas ke dalam ikan yang disumbat.
IKAN TERUBUK SUMBAT
Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang

BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
  • 1 ekor ikan terubuk | dibelah belakang dan dibasuh bersih
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 helai daun kunyit | dihiris halus
  • 3 biji limau kasturi

BAHAN B:
  • 1 sudu teh jintan halus
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 12 cili padi
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2sm kunyit hidup
  • 3 batang serai | dihiris halus
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1/4 sudu teh gula

CARA MEMASAK:
  1. Kisarkan kesemua bahan B sehingga halus kemudian perahkan air limau kasturi.
  2. Gaulkan bahan kisar bersama kelapa parut dan juga hirisan daun kunyit rata.
  3. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan terubuk yang telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam.
  4. Bungkus ikan di dalam kertas aluminium dan bakar atas api sederhana selama 30 minit.
  5. Sedia dinikmati.

KEBAB AYAM

Boleh juga dimasak di dalam kuali gril.
KEBAB AYAM
 

Waktu memasak : 35 minit
Saiz hidangan untuk : 3 orang


BAHAN-BAHAN:
  • 3 ketul dada ayam | dipotong dadu
  • 2 biji lada Benggala | dipotong dadu
  • 1 labu bawang kuning | dipotong dadu
  • 10 biji tomato ceri
  • 2 ulas bawang putih | dicencang
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 sudu teh serbuk daun kemangi
  • 1 sudu teh paprika
  • 4 sudu makan sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit lidi untuk mencucuk
CARA MEMASAK:
  1. Perap isi ayam bersama lada hitam, daun kemangi, oregano, paprika dan sos tiram. Kemudian, masukkan tomato ceri dan lada benggala yang telah dipotong dan gaul rata. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  2. Selepas diperap, cucuk isi ayam berselang-seli dengan tomato ceri, lada benggala dan bawang kuning.
  3. Bakar di atas api sehingga masak. Hidangkan bersama sos lada hitam atau BBQ dan sedia dinikmati.


SIZZLING DAZZLING

Untuk hidangan ini, anda juga boleh menikmatinya dengan aneka sos kegemaran dan mayones.
SIZZLING DAZZLING 
 
Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 2 orang


BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
  • 180gm stik rib eye (rib eye steak)
  • 2gm serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan minyak zaitun

BAHAN SAMPINGAN:
  • 35ml sos barbeku
  • 50gm kentang pedas goreng (spicy potato wedges)
  • 15gm salad segar bersama cuka oren

CARA MEMASAK:
  1. Gaulkan kepingan tulang rusuk bersama serbuk lada hitam sehingga sebati.
  2. Kemudian panggang dengan minyak zaitun sehingga masak. Asingkan.
  3. Akhir sekali, hidangkan kepingan daging di dalam sizzling hot plate dan tuangkan sos barbeku. Hiaskan dengan kentang pedas goreng dan salad segar.
  4. Sedia untuk dinikmati.

BLACK EYE STEAK

Untuk salad segar bersama cuka oren, rasa masam cuka oren pun boleh.
BLACK EYE STEAK
 

Waktu memasak : 25 minit
Saiz hidangan untuk : seorang


BAHAN-BAHAN:


BAHAN A:

  • 180gm stik rib eye (rib eye steak)
  • 2gm serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan minyak zaitun

BAHAN B:
  • 15gm salad segar
  • 2 sudu makan sirap buah oren (di dalam tin)
  • 1 sudu makan cuka

BAHAN C:
  • 50gm kentang | dipotong wedges
  • 2gm serbuk paprika
  • 5gm tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN D:
  • 1kg tulang daging | dibakar selama sejam
  • 3 biji bawang besar | dicincang
  • 2 biji bawang merah | dicincang
  • 250ml pes tomato
  • 65ml stok daging
  • 2gm herba thyme
  • 1 helai daun salam
  • Minyak zaitun untuk menumis

BAHAN E:
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:
  1. Untuk bahan A, sapukan kepingan daging dengan serbuk lada hitam dan panggang bersama sedikit minyak zaitun sehingga masak. Asingkan.
  2. Seterusnya untuk bahan B, satukan cuka dan sos oren sehingga sebati kemudian gaulkan dengan salad segar. Asingkan.
  3. Untuk bahan C iaitu kentang pedas goreng (spicy potato wedges), gaulkan kentang bersama serbuk paprika, tepung gandum dan garam secukup rasa. Sebatikan.
  4. Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  5. Untuk bahan D iaitu sos lada hitam, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang merah dan pes tomato. Kacau rata.
  6. Seterusnya masukkan pula stok daging, tulang, herba thyme dan daun salam. Biarkan sehingga mendidih.
  7. Setelah itu tapiskan sos tadi dan masukkan serbuk lada hitam serta garam secukupnya. Gunakan sos sebanyak 35ml sahaja untuk hidangan stik tulang rusuk ini.
  8. Akhir sekali, hidangkan stik tulang rusuk, salad segar, sos lada hitam dan kentang pedas goreng.
  9. Sedia untuk dimakan.

FETTUCCINE BOLOGNIS

Pastikan kuahnya dibiarkan mendidih sehingga pekat dan dalam anggaran masa 20 sehingga 30 minit.
FETTUCCINE BOLOGNIS
Waktu memasak: 15 Minit
Saiz hidangan : 6 Orang
Tahap : Sederhana

BAHAN-BAHAN:
350gm fettuccine
250gm air rebusan ayam
280gm cincangan tomato dalam tin
250gm daging kisar
200gm tomato puri
50gm mentega
2 biji tomato segar | dicincang dadu
1 biji lobak merah | didadu kecil
1 biji bawang besar | dicincang dadu
2 ulas bawang putih | dikisar halus
2 sudu makan parutan keju parmesan
1 sudu teh oregano kering
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sedikit minyak zaitun
Sedikit mentega | untuk menumis

CARA-CARA MEMASAK:
1. Rebus pasta Fettuccine sehingga empuk kemudian toskan.
2. Sebaik diangkat, gaulkan dengan sedikit minyak zaitun dan gaul rata.
3. Panaskan mentega sehingga cair kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
4. Masukkan daging kisar bersama tomato cincang, tomato segar, tomato puri,lobak merah, oregano dan juga air rebusan ayam.
5. Biarkan sehingga dagingnya empuk dan kuahnya mendidih dan pekat.
6. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau rata dan angkat.
7. Hidangkan fettuccine bersama kuahnya dan taburkan parutan keju parmesan di atasnya.

No comments:

Post a Comment