MASAK LEMAK CILI API PUCUK PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ikat pucuk pegaga l dibersihkan dan dibuang akarnya
  • 5gm ikan bilis
  • 1 batang serai l dititik
  • 1 keping asam keping
  • 750ml santan pekat
  • Garam secukup rasa
BAHAN TUMBUK:
  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
  1. Masukkan santan, bahan tumbuk, ikan bilis, serai dan asam keping ke dalam periuk. Didihkan dan kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan pucuk pegaga dan kacau rata sehingga pucuk pegaga layu dan masak sempurna.
  3. Akhir sekali, perasakan secukupnya. Kacau seketika dan angkat.
  4. Sedia untuk dihidangkan.