nuffnang

LIKE ME

Thursday 21 June 2012

Sambung Hayat

 Sambung Hayat

 pix_gal0DI sebalik kemudahan yang diberikan produk telefon pintar, tablet atau kelengkapan mudah alih lain, isu utama yang sering dihadapi pemiliknya adalah jangka masa ketahanan kuasa bateri yang disifatkan terlalu pendek.

Pemilik telefon pintar seperti iPhone pasti tidak senang duduk sekiranya perlu menunggu atau membuat panggilan penting ketika kuasa bateri hampir kehabisan.
Menyedari masalah yang dihadapi pemilik telefon pintar atau produk lain seumpamanya, syarikat aksesori sokongan pihak ketiga yang diiktiraf Apple, MiLi Power, menawarkan beberapa pek bateri mudah alih.
A) MiLi Power Prince

Pek bateri mudah alih Mili Power Prince didatangkan dengan pakej lengkap yang mampu menampung simpanan kuasa bateri sehingga 5000 mAh.

Aksesori bateri sokongan dengan reka bentuk anggun itu boleh digunakan bersama produk mudah alih seperti iPhone, iPad, iPod, MP3, telefon mudah alih, kamera digital dan komputer notebook.

Lebih unik, MiLi Power Prince mampu mengecas dua peranti mudah alih pada satu-satu masa, sekali gus menjadikan ia produk yang perlu dimiliki pemilik kelengkapan mudah alih.
Penunjuk cahaya LED pada bahagian atas bateri memudahkan pengguna mengetahui kadar tenaga sokongan yang masih tersimpan.

Spesifikasi (MiLi Power Prince):

  • Kapasiti: 5000mAh
  • Input: 12V/2A
  • Output: DC9-12V/2A(maksimum) DC5V/2.1A
  • Tempoh cas: 3 jam
  • Tempoh bercakap: Sehingga 42 jam 
  • Tempoh aplikasi audio: Sehingga 113 jam 
  • Dimensi: 122 x 65 x 15 milimeter


B) MiLi Power Shine

Khususnya kepada pemilik produk tablet iPad, MiLi Power Shine dibangunkan khusus bagi memberikan kuasa bateri tambahan pada kapasiti simpanan 4000 mAh.

Ia juga boleh digunakan bersama peranti mudah alih lain seperti iPhone, Android, Windows atau peranti dengan sambungan micro USB di pasaran.

Ciri utama produk ini ialah dua sambungan output USB yang boleh digunakan untuk mengecas dua produk serentak.

Spesifikasi (MiLi Power Shine):

  • Bateri: litium-polimer
  • Kapasiti: 4000mAh
  • Micro USB input:5V/1A
  • Output: 5V/2.1A(Maksimum)
  • Dimensi: 114 x 58 x 16.5mm

No comments:

Post a Comment