nuffnang

LIKE ME

Thursday 21 June 2012

Bukan dongeng Tok Ayah

 Bukan dongeng Tok Ayah

 Coral Malaysia temui lubuk harta karun di kawasan seluas 30 meter persegi di dasar laut berhampiran Pulau Bidong, bukti kisah nelayan tempatan benar

SELALUNYA kita hanya kagum melihat penemuan ‘harta karun’ di dasar laut melalui dokumentari televisyen, tapi apabila berhadapan sendiri dengan penemuan sama – sesiapapun akan terpaku dan terpegun melihat khazanah yang mungkin berusia beratus tahun.
Itu yang berlaku apabila sekumpulan penyelam Coral Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam program pemuliharaan khazanah laut, menemui sendiri ‘harta karun’ yang sebenarnya dikesan nelayan tempatan sejak berpuluh tahun lalu.
Timbalan Presiden Coral Malaysia, Baharim Mustapa, yang juga Pegawai Sains Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sebaik saja diberitahu mengenai cerita harta karun ini, tidak bertangguh terus membuat carian di lokasi yang didakwa.

Hanya berpegang kepada cerita Zazeri Ajam atau lebih dikenali sebagai Jusoh, 35, seorang nelayan dari daerah Merang, Terengganu, yang memberi maklumat lengkap termasuk kedudukan GPS (global positioning system), carian dibuat tidak mengambil masa yang lama dan pada kedalaman 18 meter, kumpulan ini menemui khazanah harta karun yang amat luar biasa.

Semua penyelam yang ada terpegun - kawasan seluas kira-kira 30 meter persegi dipenuhi dengan tempayan, takar, pasu pelbagai saiz dan bentuk, semua dipercayai dari tembikar - bertaburan di dasar laut.

Dapatkan naskhah Berita Minggu hari ini mengenai...

  • "Tok Ayah adalah nelayan pancing dan yang membuatkan kami yakin ialah dia membawa balik tangkai tembikar yang sudah pecah. Jika mengikut cerita Tok Ayah dan hitungan masa mengambil kira usia saya yang sudah hampir 40 tahun ini, harta karun yang dijumpai ini mungkin berusia lebih 100 tahun." - Zazeri Ajam
  • "Kami telah memaklumkan jumpaan ini kepada Muzium Negeri Terengganu dan membawa beberapa pasu sebagai bukti" - Timbalan Presiden Coral Malaysia, Baharim Mustapa
  • Pelbagai teori dikemukakan penyelam, namun disebabkan tiada kesan kapal karam dan yang ada hanya puluhan tempayan, takar dan pasu yang kebanyakan ditimbusi pasir, ada yang mengandaikan ia adalah peti yang terjatuh dari kapal dagang yang melalui kawasan berkenaan suatu masa dulu.

No comments:

Post a Comment